Friday 9 September 2011

MAT SABU OHH MAT SABUn .....


Peringatan : Sila letak besen kosong disebelah anda. Mudah untuk anda muntah sekiranya tak tahan dengan ayat2 Mat SABUn.
Rakaman diambil dari http://1peluru.blogspot.com 


WOW!! Terkejut beruk den tgk video kilp ni.. geli geleman pun ada. Camni gaya secret affair org tua ye. Fuhhh..dasyat la... Begini la peribadi pemimpin no 2 PAS yg diagung-agungkan pengikutnya.. Nak baca lagi ttg biodata Mat Sabu, Click Sini..

Video klip diatas adalah rakaman perbualan antara MAT SABUn dan Normah Abdul Halim, yang merupakan isteri kepada Bukhari Hj Nor, kawan rapatnya ketika itu. Di akhir klip, anda akan dapat saksikan bagaimana Normah kedengaran ketakutan ketika menelefon Mat Sabun kerana tembelangnya dah pecah.


Masih tak muntah? Mmg anda otak kuning ..hehehehe....

Kalau Mat Sabu berani, ubah la sejarah bilik 121 tempat ko kena tangkap..keh keh keh....

Kisah Penangkapan Mat SABUn dan Normah Binti Abdul Halim (7 tahun lepas)
Ketika peristiwa ini berlaku, Mat SABUn berumur 41 tahun dan Normah berumur 36 tahun. 

(Disiarkan di  www.mesra.net sejak tahun 2002 tanpa bantahan)
 
31hb Januari 1995, jam 2.40 pagi:

Mat Sabu telah check in di kaunter reception Hotel Perdana. Ketika itu hanya seorang petugas saja bertugas di kaunter berkenaan. Selepas mendaftar, petugas itu meminta Pengawai Kanan Keselamatan menunjukkan bilik 121 di tingkat satu kepada Mat Sabu.

 Jam 9 pagi:

Seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor yang berpakaian preman bersama seorang rakannya telah menemui Senior Receptionist yang bertugas ketika itu. Inspektor berkenaan kemudian telah meminta senarai penginapan tetamu. Satu salinan senarai penginapan tetamu telah diserahkan oleh Senior Receptionist kepada Inspektor berkenaan. Tindakan itu dikatakan biasa dilakukan oleh pihak hotel apabila dikehendaki oleh polis. Selepas menerima salinan senarai penginapan tetamu, Inspektor berkenaan dan rakannya beredar ke Coffee House. Pegawai polis itu kemudian memesan minuman panas. Sambil menikmati minuman, Inspektor itu seolah-olah berada dalam keadaan memerhati sesuatu. Keadaan itu diperhatikan oleh seorang Waitress Coffee House yang bertugas ketika itu. Inspektor berkenaan kemudian meninggalkan Coffee House itu secara tergesa-gesa tanpa menghabiskan minumannya.

 Jam 10 pagi:

Mat Sabu dilihat pulang ke hotel bersendirian dengan memandu kereta berwarna biru. Ia disedari oleh Bellboy yang bertugas ketika itu. (Dia dikatakan keluar dari biliknya kira-kira jam 7.30 pagi).

Jam 10.10 pagi:

Iaitu selepas lima minit Mat Sabu masuk ke biliknya, seorang Housekeeping Supervisor hotel yang secara kebetulan berada di hadapan bilik 128 di tingkat satu untuk membuat pemeriksaan bilik telah terserempak dengan seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang berpakaian serba hitam iaitu seluar, baju dan tudung sedang menekan loceng bilik 121. Tanpa mengesyaki sesuatu, Housekeeping itu meninggalkan tempat berkenaan dan waktu itu, wanita berpakaian serba hitam masih berada di depan pintu bilik 121.

Jam 10.15 pagi:

Seorang Room Steward yang sedang mengemas bilik 128, telah didatangi oleh dua orang anggota polis berpakaian preman. Polis itu memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa. Mereka bertanyakan kepada Room Steward sama ada dalam bilik 121 itu ada tetamu atau tidak. Room Steward kata mungkin ada, mungkin juga tidak ada dan berkata, mengikut senarai penginapan tetamu, tetamu bilik 121 akan check out pagi itu. Bagaimanapun, polis meminta Room Steward membuka pintu bilik 121, tetapi Room Steward enggan kerana peraturan kerja tidak membenarkan petugasnya berbuat demikian. Anggota polis itu terus mendesak dan Room Steward akhirnya akur dan menghampiri bilik 121. Beliau menekan loceng bilik sebanyak tiga kali, tetapi pintu tidak dibuka. Beliau kemudian cuba menggunakan kunci pendua dan belum sempat kunci itu dimasukkan, tiba-tiba pintu bilik 121 dibuka oleh seorang tetamu dari dalam. Ketika itu, tujuh orang iaitu Pegawai Pencegah Maksiat yang bersembunyi tiba-tiba menyerbu masuk ke bilik berkenaan bersama anggota polis. Tidak lama kemudian kumpulan pihak berkuasa itu membawa turun Mohamad Sabu dan Norma.

Jam 10.50 pagi:

Mat Sabu turun dari biliknya untuk menjelaskan bil penginapan. Bayaran telah diterima oleh seorang Cashier bertugas. Pada waktu itu Mat Sabu kelihatan tenang tanpa menunjukkan sebarang reaksi berhubung dengan penangkapan beliau. Pada waktu itu juga tidak ada sesiapa bersama beliau. Sekumpulan pihak berkuasa berada agak jauh sedikit dari Mat Sabu untuk menutup keaibannya dan tidak mahu orang ramai tahu mengenai peristiwa yang berlaku ke atas Mat Sabu dengan Norma.

Jam 11 pagi:

Mat Sabu dilihat berligar sekejap di lobby hotel. Kumpulan pihak berkuasa sudah menunggunya di luar hotel dan terus mengiringi Mat Sabu ke keretanya. Kejadian itu disedari oleh seorang Bellboy. Pagi 1 Februari 1995: Berita mengenai penangkapan Mat Sabu dengan suri rumah, Norma Abdul Halim disiarkan oleh akhbar-akhbar harian utama dan masih menjadi bahan berita utama sehingga sebulan lamanya.

Nota:
Kes ini digugurkan kerana masalah teknikal iaitu terdapat percanggahan nombor bilik.
Bukan kerana Mat SABUn didapati tidak bersalah.

No comments: