Wednesday 7 September 2011

Buli Lagi!!!! Buli Balik!!!


Berikut adalah petikan dari The Star Online …



"MALACCA: A Year Two girl in Bemban near here has claimed that a gang of senior pupils attacked her for allegedly not showing respect to their “group leader”.
The pupil said the gang had also extorted money from her several times before the attack on Monday.
However, this time they went overboard by physically attacking me,” said eight-year-old T. Jagathiswary, who claimed she was attacked because she did not salute the group captain, known in the school as “Sister Uwa”."

Sehingga ke hari ini, negara kita tak pernah sunyi dari kes kes sebegini. Hampir tiap minggu atau tiap hari ada saja kes buli dikalangan pelajar sekolah. Kalau dulu kes buli lebih banyak berlaku dikalangan pelajar sekolah menengah, kini kita boleh lihat ia berlaku di sekolah rendah pula. Salah siapa?

1) Kalau di tanya pada ahli politik, pasti jawabnya :

  • Dari Pembangkang = “ Inilah hasil dari pemerintahan UMNO selama 54 tahun sejak merdeka! Budak-budak kita tak pernah nak di ajar kebebasan bersuara. Pertahan diri dari dibuli pun tak boleh! PRU ke 13 ni kita jatuhkan mereka dan wujudkan kerajaan yang telus dan bersih!” ( ada kaitan ?)
  • Dari Kerajaan = “ Kita akan panggil Menteri berkenaan untuk 'briefing' dan ' meeting'. Hasil siasatan nanti kita akan umumkan dan tindakan susulan akan diambil.” (tak tau la bila)

2) Kalau ditanya pada ibu bapa dan guru, jawabnya :

  • Dari guru-guru = “ Kami dah jalankan tugas sebagai guru dengan sebaiknya. Kes kes terpencil ini berlaku diluar liputan tugas kami. Kebanyakan kes diperbesar besarkan oleh media “ ( jangan salah faham, ramai juga guru guru yang bagus diluar sana )
  • Dari Ibu bapa = “ Ait, anak saya tak pernah berperangai camtu. Ini semua salah cikgu tak pernah nak jalankan tugas dengan betul. Makan gaji buta aje “ ( Nauzubillah. Cikgu pulak yang salah )

3) 'Try' tanya murid sekolah pula :

Owh, tak bleh kew? Aiman tgk mak abah selamber jew gawdoh. Pak Sabu ketua ntah apa ntah tu pun ok jew. Hari2 dia maki org kta org tu ni la tu la. Suke ati kiter la nak gadowh ke tak. Ko pehal sibok!! Dah mamat tue perangai cam siyal. Aiman taji la dia. Cikgu tak nampak pun, diorang kat bilik guru. Tak kantoi punya larrr.....” 
 ( Adessss … )

Sedang kita semua sibuk bertelagah tentang siapa lebih baik, siapa yang betul, janganlah kita lupakan generasi seterusnya. Untuk siapa kita berpolitik? Untuk diri kita atau untuk masa depan anak cucu kita? Jangan kerana kuasa dan wang, tergadai masa depan anak anak kita. Ingat, anak itu anugerah Allah Yang Maha Esa. Apa yang kita katakan hari ini, apa yang kita buat hari ini, akan menjadi ikutan mereka. Baik buruk mahu pun jahat, betul atau salah, akan tetap di dalam ingatan mereka. Bak kata pepatah, anak itu umpama kain putih. Kita yang mencorakkannya.