Tuesday 6 September 2011

Tanggang Zaman Moden !!!



Saya meminjam kisah ini dari blogsemaremas.blogspot.com, yang diambil dari blog Perak Today dan sebelum ini di kongsikan bersama oleh bloger mymassa.

Di bawah adalah kisah Si Tanggang moden. Kalau ini la model pemimpin zaman sekarang, bersepah-sepahlah Tanggang di zaman moden ini. Renungkan dan jauhilah perangai SETAN ni...

azmin hai azmin.....

Semalam, saya berpeluang untuk berkomunikasi dengan anggota keluarga Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR, yang merupakan Ahli Parlimen Gombak. Tak payahlah saya sebutkan “siapa” dan beliau merupakan adik beradik Azmin yang keluar dari perut ibu yang sama. Dalam perbualan saya dengannya semalam, beliau sempat menceritakan peristiwa yang berlaku di rumah ibunya pada Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.


Menurut beliau, Azmin dan keluarganya sudah hampir 10 tahun tidak beraya di rumah ibu kandungnya itu. Dan Hari Raya kali ini pun, Azmin hanya pulang beberapa hari selepas 1 Syawal. Sebelum pulang ke rumah ibunya, seperti biasa, Azmin akan menghubungi ibunya untuk bertanyakan sama ada keluarga Kak Long, Kak Lang, Ummi Hafilda dan adik-beradiknya yang lain ada di rumah ibunya atau tidak. Bertanyakan hal itu, Azmin menggunakan bahasa yang sangat “lembut” dengan ibunya…


“Betina-betina sundal sial tu ada kat rumah mak tak?” soal Azmin pada ibunya.


“Astaghfirullah Min..diorang semua tu kan anak-anak mak juga..” balas ibunya.


“Ahhhh..! Tak payah nak ceramah…betina-betina sundal semua tu ada ke tidak?”, Azmin memotong cakap ibunya.


Dan Azmin, bersama Shamsidar dan anak-anak mereka pulang juga ke rumah ibunya itu. Menurut ahli keluarga Azmin ini, ketika pulang ke rumah ibu mereka, Azmin buat perangai “elok”nya. Masuk saja ke rumah, Azmin terus meluru kepada ibunya yang berada di dalam rumah. Ketika itu, beberapa orang adik beradik Azmin, termasuk abang ipar Azmin berada di luar beranda rumah bersembang-sembang sesama mereka…


Tiba-tiba, Azmin bergegas keluar bersama keluarganya. Mukanya bengis, masam dan tak manis langsung! Melihat keadaan itu, ahli keluarganya berpandangan sesama mereka dan kemudian masuk ke dalam rumah mendapatkan ibu mereka. Ibu Azmin sedang menangis! Sambil tersedu sedan, ibu Azmin menceritakan tentang apa yang berlaku di dalam rumah ketika Azmin “berhari raya” bersama ibunya pagi itu…


Menurut ibu Azmin, Azmin berang kerana ibunya tidak memaklumkan tentang adik beradiknya yang lain turut berada di rumah itu ketika dia ke sana. Azmin sebenarnya tidak mahu langsung berjuak muka dengan adik beradiknya seperti Kak Long, Kak Lang, abang-abang iparnya, terutama sekali Ummi Hafilda seperti mana maklum. Azmin menggelar kakak-kakak dan adiknya itu sebagai “betina sial”, “sundal” dan pelbagai gelaran nista pada mereka.


Menurut ibu Azmin, Azmin marah “menyinga” kerana mendapati adik beradiknya turut berada di rumah ibunya ketika kehadirannya itu. Belum sempat anaknya menjamah nasi impit di meja makan, Azmin menengking anaknya…


“Jangan makan..! Jangan duduk..! Semua tu najis…! Semua yang ada dalam rumah ni semuanya najis! Perlu disamak..!!!” tengking Azmin pada anak-anaknya.


Malah Azmin turut membaling kerusi yang diduduk anaknya seraya mengatakan bahawa adalah haram untuk menyentuh semua perabot, makanan dan apa yang ada dalam rumah ibunya kerana bernajis serta perlu disamak terlebih dahulu…


Jerkahan Azmin itulah yang menyentap hati ibunya. Ibu Azmin menangis! Memang selalu Azmin mengguris hati ibunya dengan kata-kata nista sebelum ini, namun beliau masih dapat menahan sabarnya. Iyalah, sejahat mana pun Azmin, dia tetap anak yang dilahirkannya. Namun kali ini Azmin sudah melampaui batas. Ibu Azmin sudah hilang sabar…


“Min..baik kau keluar Min…keluar!” jerkah ibunya yang sudah menjangkau umur 76 tahun itu.


“Kalau kau balik nak buat kecoh begini, baik kau keluar..! Keluar..!!!”, hati ibu Azmin parah terluka.


Tanpa berlengah panjang Azmin bertindak keluar sambil membawa anak dan isterinya bersama. Mungkin menuju ke Perak, ke rumah mertuanya. Ibu Azmin tersedu-sedan di dalam rumah. Adik beradik Azmin terpaksa menenangkan ibu mereka. Namun, kesabaran ibu tua itu sudah sampai ke tahap maksima. Azmin sudah melampau! Beginikah layanan yang diberikan terhadap ibunya? Sudahlah duit raya pun tidak dihulurkan, Azmin buat ibunya menangis di Aidilfitri pula..!!!


“Kali ni mak dah tak dapat menahan sabar..disumpahnya Azmin! 


“Mak kata, biar suatu hari nanti Azmin terlungkup accident dalam perjalanannya nanti, biar dia rasa akibat derhaka kepada ibunya”, kata ahli keluarga Azmin yang menghubungi saya semalam. 


Saya terkedu dan beristighfar mendengar cerita ini mengenai perihal akhlak Azmin dan cara layanan yang diberikan kepada ibunya. Azmin memang hati kering sehingga ibunya sendiri pun sanggup dilukai hati ini. Tidakkah Azmin tahu bahawa mengatakan “ah..!” sekali pun pada ibu sudah memadai baginya untuk mendapat dosa besar? “Madunya”, Anwar tidak ajarkah mengenai perkara ini?


Paling mengejutkan saya ialah mengenai kenyataan ibu tua itu yang sangat hancur hatinya diperlakukan begitu oleh Azmin, anak yang dikandungnya selama 9 bulan dan dibesarkan hingga besar…


“Azmin anak yang derhaka!” kata ibunya dalam sedu sedan dan penyesalan yang amat sangat. 


Persoalannya, apakah jenis manusia yang memperlakukan ibunya sendiri sedemikian rupa? Siapakah yang menghasut dan memperngaruhi Azmin hingga berubah dari seorang anak yang sangat baik kepada seorang yang berkelakuan seperti syaitan itu? Apakah yang mendorong Azmin hingga sanggup menderhaka kepada ibu kandungnya yang sudah uzur itu?


Saya terkedu. Dan setelah mendengar aduan ahli keluarga Azmin ini, demi Allah, sekiranya saya sebahagian dari adik beradik Azmin, sudah tentu teruk Azmin saya kerjakan. Adalah menjadi kepantangan dalam hidup saya untuk melihat jenis manusia yang sanggup berkurang ajar dan menitiskan air mata seorang ibu! Saya tidak tahu sama ada pembaca boleh tahan atau tidak dengan “binatang” yang berperangai begitu. Namun pada saya, memang nahas saya kerjakan..!!!

Nasib baik bukan abang OR adik aku.. Kalau tidak memang aku bakor mulutnya.. Sebab si Peliwat ko nak putus sedara dengan adik beradik, sanggup derhaka ngan mak sendiri... Keluarga punya isu pun tak leh settle. Macam mana nak tangani isu negara ?

PAS Nak Tulis Sejarah Semula ?

Di bawah adalah artikel dari Malaysian Insider

" KUALA LUMPUR, Sept 6 — PAS today urged Putrajaya to form a Cabinet committee to review the history of the nation’s independence amid controversy surrounding the party’s deputy president’s remarks on Malaya’s pre-independence freedom fighters.
PAS No. 2 Mohamad Sabu, widely known as Mat Sabu, told a Bukit Gelugor ceramah recently that those who attacked the Bukit Kepong police station — which killed 25 — during the pre-independence communist insurgency in 1950 were freedom fighters, including Muhammad Indera.
PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali (picture) said today that Umno had lied in calling Muhammad, better known as Mat Indera, a communist, highlighting a book endorsed by the Johor state government titled “Pengukir Nama Johor”.
“If he is sincere, (Prime Minister Datuk Seri) Najib (Razak) can set up a Cabinet committee to review the history of the country’s independence,” said PAS vice-president Salahuddin Ayub at a press conference today with Mohamad, Mustafa, party central committee member Dr Dzulkefly Ahmad and party information chief Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Mohamad has since been accused of being a communist sympathiser by Umno leaders and sniped at daily in Umno-owned newspaper Utusan Malaysia despite denying that he had used the word “communism” in his speech.
Umno Youth said recently it would gather former soldiers, policemen and kinsmen of victims of the Bukit Kepong tragedy in a nationwide roadshow — called the Pentas Patriot or Patriot Stage — to counter Mohamad’s view of the fire-fight.
Umno Youth chief Khairy Jamaluddin has also accepted a challenge to debate Mohamad on the latter’s remarks, although the PAS No. 2 said today that he would let the party’s Youth wing debate instead.
Mohamad has previously pointed out that Mat Indera was already recognised a freedom fighter by Umno-controlled daily Berita Harian on August 13, 2010.
Mustafa said the nation’s history needed to be reviewed as the official version only recognised Umno as Malaya’s independence fighters.
“The fight for independence didn’t start with Umno... the ones who fought the British were the Malay Nationalist Party (PKMM),” he said.
Mustafa pointed out that the PKMM was formed in 1945, while Umno was formed a year later.
He, however, acknowledged the role of Umno’s leaders in the struggle for independence, saying that Umno founder Datuk Onn Jaafar and former Prime Minister Tunku Abdul Rahman Putra took the “peaceful co-operative” way by becoming officers under the British administration.
“But history was hijacked when it says that the only independence fighters were Umno. That’s not accurate. Don’t deny the battles of others started by PKMM,” said Mustafa.
Political analysts said recently that Umno wanted to maintain its interpretation of history — which has been “propagated in schools and by the official media” — that it was the main force behind the nation’s battle for independence.
Asked if the communists had contributed to the nation’s independence in 1957 by fighting the British colonialists, Mustafa said: “PAS rejects communists and communist ideology. "



Begitulah permainan politik PAS masa kini. Adakah wajar dinaikkan nama PKMM dan PKM semata-mata kerana niat mereka ( Betul ke tak mana tau ) yang kononnya berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu..? Adakah perjuangan bersenjata mereka membuahkan hasil (kerana PKMM boneka kepada PKM)? Yang pasti beribu-ribu nyawa terkorban akibat angkara mereka.

Katanya : “The fight for independence didn’t start with Umno... the ones who fought the British were the Malay Nationalist Party (PKMM),” he said.

Perjuangan Orang Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan bukan dimulakan UMNO sebaliknya dimulakan oleh pejuang-pejuang Tanah Melayu terawal seperti Abdul Rahman Limbong, Penghulu Dol Said, Dato Sagor dan Sultan Abdullah, Tok Gajah dan Mat Kilau, Rosli Dobi, Rentap dan ramai lagi tokoh tokoh pejuang kemerdekaan. Mereka inilah yang telah berjuang bermati-matian menentang penjajah. Perjuangan menuntut kemerdekaan bukan dimulakan PKM atau PKMM. Apa yang UMNO lakukan ialah selepas 160 tahun selepas kedatangan British ke Semenanjung Melayu pada 1786, UMNO meneruskan perjuangan menuntut kemerdekaan TETAPI dengan menggunakan pendekatan yang lebih efektif. Pendekatan yang tidak melibatkan pertumpahan darah. Tanpa usaha tersebut, tak mungkin Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dapat ditanda tangani pada 5 Ogos 1957.



Kenyataan Mustafa Ali, bahawa sejarah kemerdekaan Malaysia patut dikaji adalah umpama cubaan untuk menidakkan pengorbanan setiap pejuang kemerdekaan kita sejak dari awal pendudukan penjajah di bumi Tanah Melayu. Ini juga demi pejuang pejuang kemerdekaan yang namanya tidak tercatat dalam buku sejarah kita. Adakah Mustafa lupa bagaimana orang ramai sanggup mendermakan wang atau apa saja barang berharga yang mereka ada demi membantu Tunku Abdul Rahman dan gerombolannya untuk ke London demi berunding tentang kemerdekaan Tanah Melayu..? Sekiranya Mustafa ingin mengkaji semula sejarah negara kita, carilah siapakah mereka yang berjuang bukan kerna nama tapi ikhlas untuk masa depan anak cucu mereka.
Inilah namanya "politik sempit" . Bukan politik untuk agama dan bangsa...
 Blog Angin Perubahan menyiarkan berita berikut. Klik Sini...



"Seramai 12 umat Islam, yang berada dalam sebuah gereja di Damansara Utama ketika pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru, tampil memberi keterangan dan menerima kaunseling di pejabat jabatan itu di Bangunan Sultan Idris Shah, pada 15 Ogos 2011.

Seramai tiga lelaki dan sembilan wanita yang berusia antara 20-an dan 40-an dilihat tiba secara berperingkat mulai 9.15 pagi hingga 1 petang.

Turut kelihatan berada di Bilik Mesyuarat, tempat keterangan itu diambil, ialah Pengarah Jais Marzuki Hussin dan Timbalan Mufti Negeri Selangor Datuk Abdul Majid Omar.

Menurut sumber, mereka diberi kaunseling secara kumpulan kecil antara dua dan tiga orang oleh beberapa pegawai Jais dan Jabatan Mufti Selangor.

Difahamkan bahawa proses mengambil keterangan dan diberi kaunseling itu berakhir sehingga lewat petang.

Jais memanggil kesemua 12 individu itu memberi keterangan hari ini selepas mereka gagal berbuat demikian pada 9 Ogos lepas.

"Sebahagian daripada mereka hadir dengan ditemani peguam masing-masing," kata sumber itu.

Maklumat lanjut mengenai proses memberi keterangan dan kaunseling gagal diperoleh daripada Marzuki yang enggan bertemu pihak media dan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

Malah, seorang petugas Jais meminta pihak media yang menunggu di Tingkat 6 bangunan itu supaya beredar.

Pihak media yang kemudiannya menunggu pula di kawasan pejabat Marzuki turut diminta oleh pengawal keselamatan untuk beredar setelah menerima arahan daripada 'pihak atasan'."

 
Yang menjadi tanda tanya ialah, mereka sudah mula menghadiri kaunseling, ini bermakna, status AKIDAH 12 umat Islam yang berada di 'majlis misteri' di DUMC ketika pemeriksaan JAIS tempoh hari tersebut sudah diketahui. Kenapa sehingga kini masih tiada lagi sebarang pengumuman oleh Menteri Besar Selangor akan kebenaran isu sensitif ini?

Main sembunyi - sembunyi ker?