Thursday 15 September 2011

Pengumuman dari PM : Keputusan Popular atau Keputusan Berani ?

Berikut adalah antara isi-isi penting pengumuman PM kita mlm tadi sempena sambutan Hari Malaysia.


  • Usul ke Parlimen untuk Penamatan 3 Proklamasi Darurat
  • Pemansuhan Akta ISA 1960
  • Tiada penahanan berasaskan fahaman politik
  • Pemansuhan Akta Buang Negeri 1959
  • Kajian semula Akta Kediaman Terhad 1933
  • Kajian semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
  • Kajian semula Akta Polis 1967

Pertama sekali syabas kepada Perdana Menteri kita, Dato' Seri Najib atas ucapan penuh semangat beliau sempena sambutan Hari Malaysia. Saya yakin ramai antara kita yang terperanjat dengan pengumuman PM. Sedar atau tidak, sesiapa yang menonton ucapan “live” PM kita telah terlibat secara langsung dalam peristiwa bersejarah ini.

Kenapa bersejarah? Kalau anda lihat pengumuman di atas, akta2 tersebut sudah lama bersama kita, sesetengahnya seusia kemerdekaan negara kita. Akta2 diatas jugalah yang sering diperkatakan dan di gunakan sebagai modal untuk berucap oleh pihak pembangkang. Terutama sekali Akta ISA yang menjadi punca Perhimpunan anti-ISA pada Ogos 2009 yang menggemparkan bukan sahaja Malaysia, malah seluruh dunia ( kerana dijaja sesetengah pihak la...)

Apa itu 3 Proklamasi Darurat? Saya yakin ada yang tidak tahu bahawa proklamasi darurat sebelum2 ini (kecuali darurat akibat rusuhan kaum 1964), belum lagi dibatalkan. Semenjak kemerdekaan kita pada tahun 1957, sebanyak 4 proklamasi darurat telah diisytiharkan. Proklamasi Darurat pada 3 Sept 1964 bagi seluruh Persekutuan; Proklamasi Darurat 15 Mei 1969 bagi seluruh Persekutuan; Proklamasi Darurat 14 Sept 1969 di Sarawak dan Proklamasi Darurat 8 Nov 1977 di Kelantan. Proklamasi Darurat 1969 bagaimanapun masih berkuat kuasa kerana Proklamasi Darurat 1977 dengan jelas tidak menyentuh Proklamasi Darurat pada 1969. Secara teknikal, semenjak 1957, kita masih lagi dibawah perintah darurat. 

Pemansuhan ISA sudah pasti menjadi tumpuan utama. Akta ISA 1960 merupakan langkah pencegahan ke atas sebarang kegiatan yang mengancam keselamatan negara. Suspek boleh ditahan selama 60 hari tanpa bicara, dan diteruskan selama 2 tahun sekiranya Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri benarkan. PM kita berjanji akan menggantikan ISA dengan undang2 yang lebih komprehensif tetapi menjaga hak2 asasi manusia. Sudah pasti ramai pihak akan menyambut baik pengumuman ini, Saya yakin hal ini akan diperdebatkan bertahun2 lamanya ( biasala, pembangkang, tak buat marah, buat pun marah...) Ini adalah langkah DSN yang paling berani sekali kerana kita lihat PM2 yang sebelum ini tidak berani melakukan perkara sedemikian. Malah menurut PM, tempoh lanjutan tahanan tidak lagi dibawah bidang kuasa kementerian, tetapi dibawah bidang kuasa badan kehakiman. Lagi berita baik untuk kita semua kerana sekian lama pembangkang mencanangkan akan wujudnya korupsi dalam ISA, penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan dan mcm2 lagi. Dengan pemindahan bidang kuasa ini, tiada menteri yang boleh menggunakan ISA demi tujuan politik. Kata PM lagi, tiada lagi penahanan berasaskan ideologi politik ( abis la ..takde modal dah pembangkang).. Satu langkah yg sangat bagus , kerana di masa sekarang, persepsi rakyat sering dibelitkan oleh pembangkang dengan mencanangkan ISA sebagai senjata politik, bukan demi utk melindungi rakyat dari kegiatan subversif2 yang merbahaya.

Walaubagaimanapun, yang harus kita tekankan disini ialah rang undang2 yang baru untuk menggantikan ISA nanti, “Harusklah berjiwa ISA, tetapi lebih melindungi hak2 asasi rakyat”. Berjiwa ISA bermaksud perlaksanaannya adalah untuk mencegah daripadanya berlaku hal2 yang mengancam keselamtan rakyat Malaysia. Jiwa ISA ini penting kerana kita boleh lihat mana mana negara maju pun, seperti Amerika Syarikat, mempunyai undang2 yang sama (tapi lagi kejam). Pencegahan sentiasa lebih baik dari mengubati.

Antara lain yang menarik adalah ucapan PM tentang hak2 untuk berhimpun. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan,” katanya. Kajian semula ini sudah pasti akan memastikan kerajaan mampu membendung sebarang usaha untuk mengadakan demonstrasi jalanan. Pastinya “Dalang2” perhimpunan haram akan terasa terancam dengan pengumuman ini. Amacam PR? Ada berani lagi ka?

Suatu perkara yang mengganggu saya adalah, adakah pengumuman DSN adalah demi penambahbaikan pentadbiran beliau atau cubaan untuk mendapat hati rakyat( keputusan popular) ? Kita lihat strategi “keputusan popular” sering digunakan oleh ramai pemimpin no1 di mana2 negara. Dalam kebanyakan kes, kita dapat lihat “keputusan popular” mampu memanjangkan karier politik mana2 ahli politik. Sekiranya demi untuk melaksanakan pentadbiran negara yang lebih baik, alternatif2 yang DSN bakal sediakan demi menggantikan akta2 yg akan dimansuhkan, haruslah bersifat kekal dan menjaga kepentingan semua pihak, bukan sekadar demi mendapatkan kembali undi2 yang telah lama hilang kerana kebencian mendalam terhadap akta2 tersebut. “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” Saya yakin sekiranya”pengganti” ISA lebih sempurna dari segi “sifat melindungi hak2 asasi rakyat” keyakinan mereka yg telah berpaling dr kerajaan akan kembali ke pangkal jalan.

No comments: